Monday, March 5, 2012

Selamat Berjuang untuk Pasukan Bola SKTDH (2)

Pasukan bola SKTDH (2) akan mula berjuang untuk Kejohanan Bola Sepak peringkat Zon 1 Petaling Jaya yang akan bermula dari 6 - 9 Mac 2012.

Pasukan yang memegang moto "Biar kalah asal makan sedap" akan memulakan perlawanan pertama menetang SJKT Vivikananda pada esok hari iaitu 6 Mac 2012, jam 8.00pagi di SK Kg Tungku.

Tahniah Pasukan Hoki SKTDH (2) 2012

Pada 30 Jan - 3 Feb 2012 telah berlangsungnya Kejohanan Hoki MSSD Petaling Utama.
Dalam kejohanan tersebut, pasukan Hoki SKTDH (2) Lelaki & Perempuan telah berjaya menjadi Johan untuk Kategori bawah 12 tahun.

Seramai 7 orang lelaki & 13 orang perempuan daripada pasukan Hoki SKTDH (2) telah terpilih mewakili PPD Petaling Utama ke Kejohanan Hoki MSS Selangor di Bukit Jalil pada 13 - 15 Feb 2012 yang lalu.